Friday 8 April 2011

- menutup aurat -



“Hai, anak adam ! Pakailah pakaianmu yang indah setiap kali memasuki masjid”
(Al-A’raaf : 31).


Pengertian aurat menurut bahasa arab : kurang, jelek, buruk atau malu. Dari kata “aurat” terdapat pula kata “aura” ertinya keji.


Menutup aurat maksudnya menutupi dari pandangan manusia, jin dan malaikat. Kain atau pakaian dapat menutup pandangan jin dan malaikat terhadap aurat manusia.
Hal itu terbukti seperti peristiwa yang dialami Ummul Mukminin Aisyah r.a.
Beliau pernah meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya memberitahu kepadanya bila malaikat Jibril datang kepada baginda. Maka setelah Jibril hadir, baginda memberitahukan kepada Aisyah, lalu Aisyah membuka kerudungnya kerana ingin tahu malaikat Jibril itu. Maka ketika kerudungnya terbuka Rasulullah mengatakan:

“malaikat sudah pergi”

Maka tahulah Aisyah bahawa yang datang itu betul malaikat kerana malaikat tidak mahu melihat wanita yang terbuka auratnya


cube tgk kat atas - aura means keji in arab.. mari kite same2 kaji... jom selidik.. takut salah plak... betul ker yer????

No comments:

Post a Comment